Lawatan Penandaarasan Pasukan EA KKM di HUSM

Title: 
Lawatan Penandaarasan Pasukan EA KKM di HUSM
Tarikh: 
Khamis, September 20, 2018 to Jumaat, September 21, 2018
Masa: 
2018 - 10:06
Tempoh: 
Dua Hari
Sinopsis: 
  1. Seminar EA KKM di HUSM telah dihadiri oleh pegawai berikut:
    1. 17 pegawai pasukan EA KKM yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hasnol Zam Zam bin Ahmad sebagai CIO KKM;
    2. 8 pegawai EA KPM yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kem. Pendidikan Malaysia, Cik Norina binti Jamaluddin;
    3. 28 orang pegawai HUSM (yang terlibat dalam pembangunan EA HUSM) yang diketuai oleh Pengarah HUSM YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Sukari bin Halim serta penyarah perubatan Dr. Ariffin Marzuki bin Mokhtar (ketua arkitek); dan
    4. 1 orang wakil EA MAMPU.
  1. Sehingga kini KKM telah melantik 63 pegawai sebagai Arkitek EA KKM.
  1. Seminar pada hari pertama adalah perkongsian berkaitan pelaksanaan EA di HUSM yang telah dibangunkan bagi perkhidmatan ‘Clinical Care’ Hospital USM. Pandangan daripada 4 orang panel (CIO KKM, Pengarah JPT KPM, Pengarah HUSM & MAMPU) dan peserta telah diperoleh bagi memastikan kaedah pelaksanaan EA dan pembangunan Artifak EA HUSM adalah betul mengikut kehendak MyGovEA serta KKM & KPM.
  1. Antara perkara yang dikongsikan adalah model arkitektur Clinical Care Hospital yang telah dibangunkan dan berpontensi untuk dijadikan asas kepada model Clinical Care Hospital Universiti lain atau hospital kerajaan. Perkara ini amat penting dipersetujui oleh KKM dan KPM supaya pembangunan arkitektur hospital dan hospital university lebih standard dan ‘reusable’.
  1. Perkara lain yang dikongsikan adalah viewpoint business, information dan technology yang telah dibangunkan serta introductory viewpoint yang menggambarkan landskap Clinical Care bagi HUSM. MAMPU dan KKM juga memaklumkan berkaitan Model Rujukan Data dan Business bagi Health dalam Ref Model MyGovEA yang boleh ditambahbaik mengambilkira Health Data Dictionary (MyHDD).
  1. MAMPU telah diberi 1 slot pembentangan yang mana memaklumkan tentang framework MyGovEA serta prinsip rekabentuk perkhidmatan digital dan perkhidmatan online yang diperlukan oleh kerajaan dengan menkankan kepada kerjasama antara agensi KKM, KPM dan Universiti dalam membangunkan end-to-end services. MAMPU juga berkongsi way forward kerajaan dalam membangunkan Digital ID serta GOSG dan MyGDX bagi tujuan interoperability dalam persekitaran yang Selamat.
  1. Pada hari kedua, perbincangan pembangunan keupayaan KKM dengan HUSM telah dibincangkan bagi EA dalam skop kluster kesihatan. Pihak MAMPU mencadangkan supaya kerjasama antara university dan KKM tidak terhad kepada pembangunan kepakaran EA dalam bidang kesihatan sahaja (niche area) tetapi melihat keperluan EA dalam bidang yang lebih luas. Sebagai contoh program data sains yang telah dibangunkan bersama UKM. Pihak HUSM memaklumkan perkara tersebut akan melibatkan MQA oleh KPM bagi membangunkan kurikulum yang sesuai. Pihak MAMPU juga telah menasihatkan KKM supaya memanfaatkan Prohram/kursus 1GovEA Customised Asas dan Lanjutan yang dianjurkan oleh INTAN.

 

Butiran Aktiviti

Tarikh: 20/9/2018 to 21/9/2018
Masa: 10:06 am
Tempoh: Dua Hari
Tempat:
Persidangan