Visi MyGovEA

Visi MyGovEA menerangkan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi untuk dicapai melaui Enterprise Architecture dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan matlamat tersebut. Visi ini membentuk satu daripada 6 komponen dalam rangka kerja MyGovEA dan menggambarkan matlamat utama hasrat kerajaan Malaysia bagi memulakan pembangunan amalan EA di sektor awam.

Visi MyGovEA ini menyokong pembangunan EA kerana:
  • Bertindak sebagai pusat rujukan semua kerja architectural.
  • Menyelaraskan objektif kepada semua pemegang taruh.

Visi ini disokong oleh tiga (3) penggerak strategik yang menentukan strategi bagi pergerakan inisiatif MyGovEA di seluruh sektor awam.

1. Mandat pengurusan tertinggi bagi penginstitusian MyGovEA dalam sektor awam.

Mandat perlu diwujudkan dan disampaikan bagi menyediakan sektor awam dengan arahan yang jelas berkenaan objektif kerajaan dan jangkaan manfaat daripada pelaksanaan MyGovEA di sektor awam. Mandat seperti ini dapat membantu mempercepat proses tertentu seperti menjamin komitmen daripada peringkat pengurusan dan mendapatkan bajet yang diperlukan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif MyGovEA.

2. Kemampuan untuk membangunkan amalan terbaik EA.

Pengamal MyGovEA yang berkemahiran dan berwibawa diperlukan bagi memulakan pelaksanaan MyGovEA di sektor awam yang mana akan memacu amalan EA di agensi masing-masing. MAMPU telah mula bekerjasama dengan Institiut Tadbiran Awam (INTAN) untuk membangunkan satu program berstruktur untuk melatih dan membangunkan kecekapan bagi memacu pembangunan amalan EA.

3. Pelaksanaan MyGovEA disokong oleh Ketua Pegawai Maklumat bagi setiap agensi sektor awam.

CIO di sektor awam akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan penggunaan amalan EA berdasarkan rangka kerja dan metodologi MyGovEA di agensi masing-masing. Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO) di MAMPU akan bertanggungjawab menerajui pelaksanaan MyGovEA dalam program dan aktiviti CIO di masa depan dengan sokongan Pejabat Pusat Arkitek yang bertindak sebagai MyGovEA sekretariat. Peranan utama MyGovEA ini seterusnya disampaikan kepada agensi CIO yang akan membimbing proses pelaksanaan MyGovEA di setiap peringkat.

Sebagai sebuah pusat agensi yang ditugaskan untuk menyelia penggunaan amalan EA di sektor awam, MAMPU akan memainkan peranan aktif bagi memacu pelaksanaan penggerak strategik ini.