Visi 1GovEA

Visi 1GovEA menerangkan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi untuk dicapai melaui Enterprise Architecture dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi merealisasikan matlamat tersebut. Visi ini membentuk satu daripada 6 komponen dalam rangka kerja 1GovEA dan menggambarkan matlamat utama hasrat kerajaan Malaysia bagi memulakan pembangunan amalan EA di sektor awam.

Visi 1GovEA ini menyokong pembangunan EA kerana:
 
  • Bertindak sebagai pusat rujukan semua kerja architectural.
  • Menyelaraskan objektif kepada semua pemegang taruh.

Visi ini disokong oleh tiga (3) penggerak strategik yang menentukan strategi bagi pergerakan inisiatif 1GovEA di seluruh sektor awam.

  1. Mandat pengurusan tertinggi bagi penginstitusian 1GovEA dalam sektor awam. Mandat perlu diwujudkan dan disampaikan bagi menyediakan sektor awam dengan arahan yang jelas berkenaan objektif kerajaan dan jangkaan manfaat daripada pelaksanaan 1GovEA di sektor awam. Mandat seperti ini dapat membantu mempercepat proses tertentu seperti menjamin komitmen daripada peringkat pengurusan dan mendapatkan bajet yang diperlukan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif 1GovEA.
  2. Kemampuan untuk membangunkan amalan terbaik EA. Pengamal 1GovEA yang berkemahiran dan berwibawa diperlukan bagi memulakan pelaksanaan 1GovEA di sektor awam yang mana akan memacu amalan EA di agensi masing-masing. MAMPU telah mula bekerjasama dengan Institiut Tadbiran Awam (INTAN) untuk membangunkan satu program berstruktur untuk melatih dan membangunkan kecekapan bagi memacu pembangunan amalan EA.
  3. Pelaksanaan 1GovEA disokong oleh Ketua Pegawai Maklumat bagi setiap agensi sektor awam. CIO di sektor awam akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan penggunaan amalan EA berdasarkan rangka kerja dan metodologi 1GovEA di agensi masing-masing. Ketua Pegawai Maklumat Kerajaan (GCIO) di MAMPU akan bertanggungjawab menerajui pelaksanaan 1GovEA dalam program dan aktiviti CIO di masa depan dengan sokongan Pejabat Pusat Arkitek yang bertindak sebagai 1GovEA sekretariat. Peranan utama 1GovEA ini seterusnya disampaikan kepada agensi CIO yang akan membimbing proses pelaksanaan 1GovEA di setiap peringkat.
Sebagai sebuah pusat agensi yang ditugaskan untuk menyelia penggunaan amalan EA di sektor awam, MAMPU akan memainkan peranan aktif bagi memacu pelaksanaan penggerak strategik ini.