Terma Rujukan

TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PEMANDU BAGI PROJEK PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) SEKTOR AWAM (1GovEA)
  1. Menentukan hala tuju dan strategi pelaksanaan projek.
  2. Memantau status pelaksanaan projek secara menyeluruh.
  3. Memantau dan menyelaras aliran kewangan projek bersamaan kemajuan projek.
  4. Meluluskan setiap pembayaran projek yang hendak dilakukan.
  5. Menimbang dan meluluskan cadangan penguatkuasaan terma-terma kontrak seperti penalti, pelanjutan masa (extension of time) dan penamatan kontrak. 
  6. Menyelesaikan isu-isu dasar yang timbul berkaitan dengan projek. 
  7. Meluluskan dan mengesahkan pelaksanaan setiap peringkat projek.
 
TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA TEKNIKAL BAGI PROJEK PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) SEKTOR AWAM (1GovEA)
  1. Memantau dan memastikan pelaksanaan projek memenuhi skop projek dan memenuhi jadual yang telah ditetapkan.
  2. Menyemak dan memastikan serahan projek memenuhi keperluan yang ditetapkan.
  3. Mengkaji isu-isu dasar yang timbul semasa pelaksanaan projek dan memperakukan cadangan penyelesaian kepada Jawatankuasa Pemandu Projek untuk kelulusan.
  4. Mengkaji dan memperakukan cadangan penguatkuasaan terma-terma kontrak kepada Jawatankuasa Pemandu Projek. 
  5. Memberi penyelesaian kepada isu-isu teknikal yang timbul semasa pelaksanaan projek.  
  6. Memperakukan serahan projek kepada Jawatankuasa Pemandu Projek untuk kelulusan. 
  7. Melaporkan status kemajuan projek kepada Jawatankuasa Pemandu Projek.
 
TERMA RUJUKAN PASUKAN ARCHITECTURE (CORE TEAM) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) SEKTOR AWAM (1GovEA)
   Terma Rujukan Umum
  1. Mengenal pasti peluang kerjasama merentasi agensi Sektor Awam dan inisiatif baharu sejajar dengan Agenda Transformasi Kerajaan. 
  2. Mendefinisi inisiatif agensi Sektor Awam masa hadapan.
  3. Memberi khidmat nasihat atau rundingan kepada agensi Sektor Awam dalam membangunkan EA. 
  4. Mengenal pasti dan menilai tren teknologi baharu EA yang boleh diguna pakai dalam Sektor Awam.
  5. Menyemak dokumen serahan projek bagi memastikan kualiti kandungan serahan adalah teratur.
   Peranan Pasukan Architecture Mengikut Domain
  1. Domain Bisnes - Memberi input dalam menakrif, membangun dan menyelenggara architecture bisnes yang menerangkan bagaimana perkhidmatan dan operasi saling berkait untuk menyokong strategi bisnes.  
  2. Domain Data - Memberi input dalam menakrif, membangun dan menyelenggara architecture data termasuk pengawasan rekabentuk struktur data serta metadata enterprise.  Juga melihat aspek pengurusan dan pengintegrasian data  berdasarkan amalan terbaik dan teknologi terkini.
  3. Domain Aplikasi - Memberi input  dalam menakrif, membangun, menyelenggara architecture aplikasi termasuk pengawasan rekabentuk pembangunan sistem aplikasi berdasarkan  amalan terbaik industri dan perkembangan teknologi terkini.
  4. Domain Teknologi -  Memberi input  dalam dalam menakrif, membangun, menyelenggara architecture teknologi termasuk pengawasan rekabentuk pembangunan infrastruktur ICT berdasarkan amalan terbaik industri dan perkembangan teknologi terkini.
  5. Pengurusan Projek – Mengawasi aspek pengurusan projek dan memberi input semasa architecture peralihan (transition) dibangunkan.  Ini bagi memastikan architecture peralihan yang dibangunkan mengambilkira interaksi dengan aktiviti Pengurusan Projek, Pembangunan dan Pelaksanaan Projek sedia ada. 
 
TERMA RUJUKAN PASUKAN PENGURUSAN PROJEK (PMO) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) SEKTOR AWAM (1GovEA)
  1. Memantau keseluruhan kemajuan pembangunan dan pelaksanaan projek 1GovEA. 
  2. Menyelaras pelaksanaan Kajian Pra-Pelaksanaan MAMPU dan KPKT serta sektor Awam.
  3. Membangunkan dasar dan garis panduan berkaitan dengan 1GovEA dalam Sektor Awam. 
  4. Memastikan sistem dan repositori 1GovEA berpusat tersedia dan dapat dicapai.
  5. Urusetia mesyuarat JKT dan JKP Projek 1GovEA. 
   Pengurusan Projek dan Pengurusan Perubahan
  1. Memberi panduan bagi membantu agensi Sektor Awam membangunkan EA agensi berdasarkan rangka kerja dan metodologi 1GovEA.
  2. Melaksanakan perancangan bagi peluasan 1GovEA.
 
TERMA RUJUKAN PASUKAN PENGURUSAN PERUBAHAN (CMO) BAGI PROJEK PEMBANGUNAN ENTERPRISE ARCHITECTURE (EA) SEKTOR AWAM (1GovEA)
  1. Memantau dan menyelaras aktiviti pengurusan perubahan 1GovEA.
  2. Menyelaras program latihan 1GovEA bagi projek 1GovEA Fasa1dan untuk personel Sektor Awam dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
   Pengurusan Projek dan Pengurusan Perubahan
  1. Memberi panduan bagi membantu agensi Sektor Awam membangunkan EA agensi berdasarkan rangka kerja dan metodologi 1GovEA.
  2. Melaksanakan perancangan bagi peluasan 1GovEA.