Struktur Tadbir Urus MyGovEA

Penubuhan tadbir urus MyGovEA akan berlaku dalam dua (2) peringkat, peringkat yang bersifat sementara (interim) dan peringkat jangkaan (envisioned) dalam penstrukturan tadbir urus 1GovEA.

1. Struktur Tadbir Urus MyGovEA untuk peringkat sementara (interim)

Struktur tadbir urus MyGovEA akan ditubuhkan di MAMPU bagi memanfaatkan struktur organisasi seperti rajah di bawah untuk menguasai pembangunan amalan EA dalam sektor awam.Struktur tadbir urus ini bertanggungjawab untuk menyelia pelaksanaan amalan EA ini dikenali sebagai Pejabat Pusat Arkitek di bawah penyeliaan Bahagian Strategi dan Pembangunan Arkitektur ICT. Pejabat Pusat Arkitek ini terdiri daripada tiga (3) unit yang berbeza iaitu Seksyen EA, Pusat Kecemerlangan dan Pasukan Architecture. 

2. Struktur Tadbir Urus MyGovEA untuk peringkat jangkaan (envisioned)

Struktur tadbir urus MyGovEA untuk peringkat jangkaan (seperti yang digambarkan) akan memperlihatkan kemajuan sebuah Pejabat Pusat Arkitek di MAMPU yang dinaik taraf kepada suatu bahagian dalam sektor ICT. Struktur tadbir urus MyGovEA yang digambarkan ini akan memberi penekanan akan kepentingan inisiatif MyGovEA untuk MAMPU dalam memacu EA sebagai satu inisiatif penting dan pemacu bagi memajukan pemberian perkhidmatan di sektor awam. Penempatan Pejabat Pusat Arkitek sebagai satu bahagian khusus di MAMPU membolehkan bahagian ini mewujudkan satu pusat sumber yang khusus bagi menyelia inisiatif tersebut.

Walaupun MAMPU mempunyai Pejabat Pusat Arkitek dan Pasukan Arkitektur di sektor awam yang menyediakan tadbir urus secara menyeluruh keatas amalan MyGovEA ini, masih terdapat keperluan untuk lain-lain agensi untuk memulakan pelaksanaan amalan EA ini bagi mewujudkan struktur tadbir urus sendiri di setiap agensi. 

Agensi yang terlibat dalam memulakan pembinaan amalan EA ini disyorkan untuk menubuhkan satu Pejabat Arkitek atau Pasukan Arkitek dengan tujuan memastikan penyeliaan amalan EA ini di setiap agensi. Komposisi Pejabat Arkitek yang ditubuhkan ini akan melibatkan kakitangan berpengalaman yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang domain bisnes dan teknologi dalam sesebuah agensi.