Rangka Kerja 1GovEA

1GovEA dipandu oleh rangka kerja architectural yang dibangunkan untuk mendefinisikan elemen teras architecture dalam membina dan melaksanakan amalan EA. Rangka kerja 1GovEA bertindak sebagai panduan bagi menerangkan komponen utama 1GovEA. Sesebuah agensi perlu membangunkan komponen tersebut kerana ia adalah asas kepada permulaan dalam pelaksanaan amalan EA.
 
Rangka kerja 1GovEA terdiri daripada 6 komponen utama iaitu:
  1. Visi 1GovEA
  2. Prinsip
  3. Domain Architecture
  4. Tadbir Urus
  5. Metodologi
  6. Peralatan dan Repositori

 
Setiap komponen diterangkan dengan lebih lanjut dalam jadual yang berikut:
KOMPONEN UTAMA PENERANGAN
Visi 1GovEA Visi adalah suatu penyataanniat yang memacu matlamat utama di sebalik penubuhan inisiatif 1GovEA dalam sektor awam.Baca lagi
Prinsip Architecture Prinsip architecture menerangkan satu piawaian architectural asas menyeluruh bagi memandu sektor awam dalam membangunkan aspek bisnes dan teknikal architecture.Baca lagi
Domain Architecture Domain Architecture mendefinisikan empat (4) bidang architecture iaitu bisnes, data, aplikasi dan teknologi yang perlu dibangunkan dan dikekalkan sehubungan dengan pelaksanaan EA oleh sektor awam.Baca lagi
Tadbir Urus Komponen tadbir urus menerangkan struktur dan operasi model yang dicadangkan bagi menyokong pelaksanaan dan pengoperasian amalan EA.Baca lagi
Metodologi Metodologi menggariskan pendekatan yang berstruktur (e.g. fasa dan peringkat) yang akan diguna pakai oleh sektor awam semasa membangunkan amalan EA.Baca lagi

Peralatan dan Repositori

Komponen bagi peralatan & repositori menerangkan peralatan yang dicadangkan dan struktur repositori yang biasa diguna pakai oleh sektor awam untuk mendokumenkan artifak.Baca lagi