Prinsip Architecture MyGovEA

Prinsip Architecture adalah satu piawaian architectural asas menyeluruh bagi menyokong pembangunan architecture yang seragam dan konsisten merentasi setiap organisasi. Prinsip Architecture ini digunakan untuk membimbing organisasi bagi melaksanakan inisiatif dalam sektor awam di masa depan dan perlu diguna pakai apabila agensi mula membangunkan bisnes dan teknikal architecture masing-masing.

Prinsip MyGovEA Architecture ini terdiri daripada dua (2) komponen utama seperti berikut:

  

  1. Panduan Reka bentuk

Fleksibel

Agensi harus mempunyai pilihan untuk melaksanakan prinsip yang sesuai dengan visi dan misi agensi. Mereka juga perlu mampu untuk mengembangkan set prinsip dalam batasan Panduan reka bentuk dan Prinsip Domain Architecture.

Berskala

Agensi harus mampu untuk menambah prinsip architecture yang baru atau menakrifkan semula prinsip yang sedia ada bagi memenuhi keperluan agensi kerajaan.

Praktikal

Kesemua prinsip architecture MyGovEA harus mempunyai nilai praktikal yang boleh diguna pakai oleh semua agensi dalam memulakan amalan EA berdasarkan metodologi MyGovEA. 

  1. Prinsip Architecture

Prinsip Architecture MyGovEA terdiri daripada 12 prinsip yang boleh dibahagikan kepada lima (5) kategori utama, iaitu :

Bil. kategori Prinsip MyGovEA
1. Prinsip Umum
1.1 Pengendalian.
1.2 Bahasa Umum.
1.3 Memaksimakan manfaat bagi organisasi.
2. Prinsip Bisnes
2.1 Pengurusan maklumat adalah tanggungjawab semua pihak.
2.2 Perubahan arah tuju bisnes.
3. Prinsip Data
3.1 Data adalah aset.
3.2 Penetapan asas sekuriti.
3.3 Data boleh dikongsi dan diakses kecuali yang sulit.
4. Prinsip Aplikasi
4.1 Aplikasi adalah mudah untuk digunakan.
4.2 Aplikasi yang umum digunakan.
5. Prinsip Teknologi
5.1 Teknologi tidak bergantung pada aplikasi.
5.2 Daya tahan dan kesinambungan bisnes.