Peralatan dan Repositori MyGovEA

Komponen operasi ketiga bagi rangka kerja MyGovEA menerangkan tentang peralatan EA yang disyorkan untuk membantu agensi apabila memulakan pembangunan amalan EA. Peralatan EA ini terdiri daripada 3 elemen utama iaitu:
 
1. Repositori

​Tujuan Repositori MyGovEA adalah untuk menyediakan satu penyimpanan berpusat bagi semua kandungan architecture yang dibina berdasarkan Metodologi MyGovEA.

  • Metamodel ​​Architecture MyGovEA. ​Menerangkan rangka kerja MyGovEA, Metodologi MyGovEA dan satu struktur untuk semua kandungan architecture di dalam repositori.
  • Domain Architecture MyGovEA. Domain Architecture MyGovEA ini dikemas kini melalui pelaksanaan Metodologi MyGovEA. Pelaksanaan amalan terbaik mewujudkan satu standard dan prinsip yang mentadbir Domain Architecture MyGovEA dan seterusnya membentuk rujukan architecture untuk disimpan di Perpusatakaan Rujukan MyGovEA bagi penggunaan semula. 
  • Prinsip MyGovEA. Memperinci Prinsip MyGovEA yang perlu dipatuhi oleh architecture baru. Semua prinsip baru harus menjadi gambaran bagi semua model kerja architecture dalam domain Architecture MyGovEA. Pematuhan kepada Prinsip MyGovEA perlu dipantau oleh Pejabat Pusat Arkitek/ Pejabat Arkitek.
  • Sumber Rujukan MyGovEA. Menyediakan templat, garis panduan dan bahan rujukan lain yang boleh digunakan apabila melaksanakan Metodologi MyGovEA. Sebarang Model Rujukan yang baru dibentuk sama ada di dalam atau di luar perlu disimpan dalam Sumber Rujukan MyGovEA bagi penggunaan semula dan dikongsi antara agensi.
  • Tadbir Urus MyGovEA. Mendokumenkan struktur tadbir urus dan model operasi kerajaan.
  • Kemampuan Architecture MyGovEA. Mendokumenkan keupayaan architecture melalui struktur organisasi, peranan, tanggungjawab, kemahiran dan proses yang menyokong keseluruhan MyGovEA. Pejabat Pusat Arkitek / Pejabat Arkitek perlu memacu dan menguruskan keupayaan architecture baru di dalam sektor awam.

2. Peralatan Modelling ​​

​Peralatan EA adalah peralatan yang digunakan oleh organisasi untuk menvisualkan pelbagai komponen rangka kerja EA seperti domain architecture yang berikut:

  • Architecture Bisnes 
  • Architecture Data 
  • Architecture Aplikasi
  • Architecture Teknologi

Peralatan Model EA ini akan membantu agensi di sektor awam mendokumenkan dan menvisualisasi artifak (satu produk hasil kerja architectural yang menerangkan aspek architecture)

3. Templat

​Metodologi MyGovEA menyediakan templat untuk membantu agensi memulakan pelaksanaan amalan EA. Terdapat dua kategori templat, Templat Artifak dan Templat Serahan, dimana setiap templat direka untuk merekod dan mendokumenkan pelbagai jenis maklumat dan hasil.

  • Templat Artifak. Templat Artifak membantu agensi merekod dan merakam maklumat bisnes dan teknikal (artifak) yang menerangkan persekitaran operasi agensi tersebut. Templat Artifak ini menyediakan satu format dan susun atur yang konsisten untuk mendokumenkan pelbagai Matriks, Katalog atau Rajah.
  • Templat Serahan. Templat serahan adalah format dokumen yang telah ditetapkan bagi membantu sektor awam untuk mendokumenkan hasil daripada aktiviti utama dalam penggunaan Metodologi MyGovEA. Agensi akan menggunakan templat serahan bagi mendokumenkan hasil akhir dalam setiap peringkat Metodologi sebagai laporan rasmi untuk menunjukkan peringkat tersebut telah lengkap.