Metodologi MyGovEA - Fasa 2

Metodologi MyGovEA di peringkat kedua ini memberi panduan kepada agensi berkenaan tugas yang akan dilaksanakan untuk membangunkan asas architecture merangkumi empat (4) domain architecture bisnes, data, aplikasi dan teknologi.
 
Pada peringkat ini tumpuan diberikan kepada proses pengumpulan dan pemahaman landskap bisnes semasa oleh organisasi (seperti perkhidmatan yang ditawarkan, maklumat yang dikumpul dan dikongsi oleh agensi dan penakrifan proses untuk penyampaian perkhidmatan) serta aplikasi asas dan teknologi infrastruktur bagi menyokong agensi dalam menyampaikan perkhidmatan.

 

Semua peringkat << Peringkat sebelumnya < [ Fasa 2 ] > Peringkat seterusnya