Metodologi MyGovEA

Metodologi MyGovEA menerangkan satu komponen penting dalam rangka kerja yang memberi tumpuan dalam menyediakan satu panduan menyeluruh yang perlu dijadikan rujukan oleh setiap agensi dalam memulakan pembinaan amalan EA. Metodologi ini terdiri daripada lima (5) peringkat pembangunan setiap peringkat terdiri daripada objektif dan hasil yang ditetapkan dan disokong oleh templat dan peralatan untuk membantu agensi tersebut mencapai sasaran di setiap peringkat. 
  • Fasa 1 : Permulaan
  • Fasa 2 : Penilaian
  • Fasa 3 : Penentuan
  • Fasa 4 : Pembinaan/Pelaksanaan
  • Fasa 5 : Memantau

Pengurusan Keperluan Berterusan
Pengurusan Keperluan Berterusan merupakan salah satu bahagian daripada Metodologi MyGovEA. Komponen ini membimbing Pasukan Arkitektur untuk menguruskan proses pengumpulan dan perubahan keperluan. Pengurusan Keperluan Berterusan ini bermula pada peringkat kedua Metodologi dimana pasukan Arkitektur akan mewujudkan satu keperluan asas kepada architecture work.
 
Sub-seksyen berikut memberikan penerangan di setiap peringkat dengan lebih lanjut.