Domain Architecture MyGovEA

Domain Architecture membentuk komponen utama dalam rangka kerja MyGovEA yang membolehkan organisasi menakrifkan konsep, logik dan unsur-unsur fizikal organisasi merangkumi 4 domain architecture ini. Domain Architecture ini menyediakan pecahan berstruktur secara terperinci berkenaan keupayaan sistem berfungsi dalam empat domain.

1. Architecture Bisnes
Menerangkan keseluruhan landskap bisnes sesebuah organisasi dari segi struktur organisasi dan interaksi di antara strategi bisnes, matlamat, fungsi, proses dan keperluan maklumat.
 
2. Architecture Data.
Menggambarkan bagaimana data disimpan, disusun, bersepadu, diperolehi dan digunakan oleh aplikasi bagi menyokong operasi bisnes sesebuah organisasi.
 
3. Architecture Applikasi
Menggambarkan suatu set sistem dan aplikasi bagi menyokong operasi bisnes dalam sesebuah organisasi.
 
4. Architecture Teknologi
Menentukan infrastruktur teknikal yang digunakan untuk menyediakan aplikasi dan data bagi menyokong proses bisnes dalam sesebuah organisasi.
 

 
Objektif Domain Architecture
Kepentingan memahami dan mendokumenkan domain Bisnes, Data, Aplikasi dan Teknologi Architecture adalah seperti berikut:
  1. Menyediakan satu pandangan jelas berkenaan dengan keadaan semasa dan sasaran EA merangkumi Domain Bisnes, Data, Aplikasi dan Teknologi.
  2. Menghubungkan di antara bisnes dan teknologi dalam sesebuah organisasi kepada pemegang taruh.
  3. Memberi penekanan pada hubungan dan kebergantungan antara setiap elemen yang terkandung dalam 4 domain iaitu domain Bisnes, Data, Aplikasi and Teknologi Architecture.
  4. Mendefinisikan keperluan kepada Bisnes, Data, Aplikasi dan Teknologi Architecture di masa depan bagi menyokong strategi bisnes sesebuah agensi.
  5. Mengenal pasti kebergantungan dan jurang di antara Architecture di peringkat semasa dan sasaran dan bagaimana Bisnes, Data, Aplikasi dan Teknologi Architecture perlu melalui perubahan dari masa ke semasa untuk menyelaraskan bisnes strategi sesebuah organisasi.