Transformasi Digital Utamakan Rakyat

09/12/2016
Author: 
Mohd Azrone Sarabatin
Source: 
Berita Harian - Isnin, 7 November 2016

Kerajaan sedang melaksanakan transformasi perkhidmatan awam menerusi kerajaan digital yang berpaksikan rakyat secara berterusan untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

Dalam konteks sektor awam, transformasi penyampaian perkhidmatan adalah perubahan strategik dalam pelbagai perspektif seperti tindakan, sifat serta persekitaran secara tersusun dan berperingkat mengikut perancangan dalam mencapai keberhasilan strategik.

Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata sebelum ini, metodologi atau pendekatan kerajaan dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan lebih tertumpu kepada perekayasaan proses kerja atau business process re-engineering (BPR) dan ia dilaksanakan berdasarkan sesebuah agensi secara menegak (vertical).