1GovEA Infoblast - 1GovEA Selayang Pandang

18/11/2016
Author: 
MAMPU Project Management Office
1GovEA menyediakan rangka kerja dan metodologi bagi membantu sektor awam di Malaysia bagi membangunkan amalan terbaik EA. Tujuan utama 1GovEA adalah untuk meyediakan suatu pendekatan umum merangkumi beberapa fasa dan plot templat bagi memastikan pembangunan EA di sektor awam adalah konsisten. Dengan mewujudkan keupayaan EA dan menerima pakai amalan umum EA, 1GovEA berupaya membantu agensi dalam menyampaikan kunci utama business value yang utama seperti yang berikut:
  • Memberikan perkhidmatan yang konsisten dan cekap dalam cara yang paling efektif di samping memenuhi jangkaan rakyat. 
  • Meningkatkan keupayaan bisnes dalam sektor awam melalui gabungan keupayaan ICT yang strategik dan holistik.
  • Memberi perkhidmatan berpaksikan rakyat yang seterusnya menggalakkan penglibatan rakyat. 
  • Mewujudkan kerjasama yang padu di antara agensi dalam perkongsian data.
  • Menyatukan duplikasi perkhidmatan dan membolehkan penggunaan semula dan perkongsian perkhidmatan merentasi agensi. 
 
1GovEA dipandu oleh rangka kerja architectural yang dibangunkan untuk mendefinisikan elemen teras architecture dalam membina dan melaksanakan amalan EA. Rangka kerja 1GovEA bertindak sebagai panduan bagi menerangkan komponen utama 1GovEA. Sesebuah agensi perlu membangunkan komponen tersebut kerana ia adalah asas kepada permulaan dalam pelaksanaan amalan EA.
 
Komponen Teras:
1.Visi 1GovEA - Visi adalah suatu penyataan niat yang memacu matlamat utama di sebalik penubuhan inisiatif 1GovEA dalam sektor awam.
2. Domain Architecture - Domain Architecture mendefinisikan empat (4) bidang architecture iaitu bisnes, data, aplikasi dan teknologi yang perlu dibangunkan dan dikekalkan sehubungan dengan pelaksanaan EA oleh sektor awam.
3. Prinsip Architecture - Prinsip architecture menerangkan satu piawaian architectural asas menyeluruh bagi memandu sektor awam dalam membangunkan aspek bisnes dan teknikal architecture.
4. Tadbir Urus - Komponen tadbir urus menerangkan struktur dan operasi model yang dicadangkan bagi menyokong pelaksanaan dan pengoperasian amalan EA.
5. Metodologi - Metodologi menggariskan pendekatan yang berstruktur (e.g. fasa dan peringkat) yang akan diguna pakai oleh sektor awam semasa membangunkan amalan EA.
6. Peralatan and Repositori - Komponen bagi peralatan & repositori menerangkan peralatan yang dicadangkan dan struktur repositori yang biasa diguna pakai oleh sektor awam untuk mendokumenkan artifak.