Soalan Lazim

Umum

Perlukah architecture direka bentuk secara terperinci?

Perincian architecture bergantung kepada kematangan keupayaan EA dan skop inisiatif EA . Architecture boleh dibangunkan pada peringkat strategi (strategic architecture) iaitu high-level enterprise architecture, segmen (segment architecture) iaitu salah satu teras perkhidmatan atau program yang dipilih dan keupayaan (capability segment) iaitu project architecture iaitu semasa pelaksanaan program/projek/inisiatif.

Apakah pendekatan yang sesuai untuk menerapkan EA yang merupakan suatu inisiatif baru dalam kalangan kakitangan agensi?

Pendekatan yang sesuai untuk menerapkan EA dalam kalangan kakitangan agensi ialah dengan dengan mengadakan Program Pengurusan Perubahan di peringkat sektor awam yang terajui oleh MAMPU dan diteruskan di peringkat Kementerian/Jabatan oleh pasukan EA agensi masing-masing. 

Perlukah seseorang mahir dalam keempat-empat architecture domain untuk menjadi seorang Chief Architect?

Seorang Chief Architect sewajarnya perlu mahir dalam keempat-empat domain, namun ia bergantung kepada kompleksiti bisnes sesebuah organisasi.  Walau bagaimanapun agensi perlu mempunyai sekumpulan architect dengan  setiap domain EA. Kebiasaannya, Chief Architect mahir dalam satu atau dua domain utama dan mempunyai pengetahuan dalam domain-domain yang lain.

Apakah kriteria yang diperlukan untuk menjadi Business Architect dan bolehkan pegawai IT menjadi Business Architect?

Business Architect terdiri daripada pegawai bisnes tetapi pegawai ICT yang memahami domain bisnes juga layak menjadi Business Architect.

Bolehkan domain Business Architecture diabaikan dalam pelaksanaan EA?

Business Architecture Domain tidak boleh diabaikan sepenuhnya dalam pelaksanaan EA tetapi sebaliknya quick review, validasi dan pengesahan boleh dijalankan ke atas Busines Architecture Domain dan seterusnya dimuatnaik ke dalam repositori terpusat 1GovEA.

Apabila ada gabungan elemen bisnes dan ICT, dikhuatiri Bahagian ICT akan menjadi peneraju dalam inisiatif EA dan bagaimana hendak mendapatkan buy-in daripada Pengurusan Atasan mengenai pelaksanaan EA?

Aspek bisnes merupakan perkara asas bagi pewujudan sesebuah organisasi, justeru pihak bisnes sewajarnya menerajui inisiatif EA. Untuk mendapatkan buy-in daripada pengurusan atasan, agensi perlu berusaha untuk menyakinkan pengurusan masing-masing bahawa EA merupakan modal penting dalam mentransformasikan bisnes dan merealisasikan strategi.  

Adakah peringkat Build/Operate dalam Methodology 1GovEA berkaitan dengan pembangunan Sistem?

Peringkat Build/Operate dalam metodologi 1GovEA adalah berkaitan dengan pelaksanaan program/projek/inisaitif yang dikenalpasti dalam Target Architecture dan Roadmap EA. Ia melibatkan pasukan pelaksana (Pengurusan Projek, Pembangun Sistem dan subject matter expert).Pengurusan agensi perlu membuat keputusan sama ada Target Architecture dan Roadmap EA yang direkabentuk perlu dilaksanakan secara dalaman (oleh pasukan agensi) atau dengan pihak ketiga (perunding / syarikat luar). Sekiranya pelaksanaan program/projek/inisaitif EA dijalankan secara dalaman, pasukan pelaksana (Pengurusan Projek dan Pembangun Sistem) perlu diberi penerangan mengenai keperluan amalan EA dan tanggungjawab mereka. 

Adakah EA suatu proses?

EA adalah satu pendekatan berstruktur yang merupakan pemboleh daya bagi pelaksanaan transformasi dan teras strategic agensi. Ianya mempunyai enam (6) komponen, iaitu Visi, Tadbir Urus, Prinsip, 4 Domain Utama, Metodologi dan Respositori. Komponen Metodologi adalah penerangan proses untuk membangunkan arkitektur bagi enterprise.  

 

Agensi Sektor Awam telah ada Standard of Procedure (SOP), Manual Prosedur Kerja (MPK) dan 5S, oleh yang demikian kenapa perlu dilaksanakan EA?

SOP, MPK dan 5S merupakan sebahagian daripada pelbagai prosedur/proses kerja yang dapat membantu organisasi menjalankan bisnes dengan cekap dan berkesan.EA merupakan satu kerangka kerja dan metodologi yang dapat membantu agensi dalam menjayakan pelaksanaan program/projek/inisiatif yang dirancang dalam Pelan Strategik Bisnes dan Pelan Strategik ICT.  Melalui pendekatan EA, architecture sesebuah organisasi direka bentuk dengan menstrukturkan komponen bisnes dan ICT agar kedua-dua komponen tersebut sejajar antara satu sama lain. 

Agensi telah ada Pelan Strategik Bisnes (BSP) dan Pelan Strategik ICT (ISP), namun kenapa Enterprise Architecture (EA) perlu dilaksanakan?

BSP dan ISP merupakan pelan perancangan strategik organisasi secara high-level. EA pula adalah suatu pendekatan dalam mentransformasi agensi yang dilaksanakan secara menyeluruh meliputi perancangan strategik dan pembangunan arkitektur dan pelaksanaan merentasi 4 domain utama iaitu bisnes, data, aplikasi dan teknologi. EA menghasilkan output dan serahan dalam bentuk artifak (diagram, matriks dan katalog) dan dokumen yang membantu meningkatkan keupayaan agensi dalam merealisasikan pelan strategik masing-masing.

Saya daripada sektor awam, bagaimana untuk terlibat dan menyumbang dalam 1GovEA?

Sila berhubung dengan pasukan 1GovEA.

Apakah itu 1GovEA?
1GovEA menyediakan rangka kerja dan metodologi bagi membantu sektor awam di Malaysia bagi membangunkan amalan terbaik EA. Tujuan utama 1GovEA adalah bagi meyediakan satu pendekatan umum merangkumi beberapa fasa dan plot templat bagi memastikan pembangunan EA di sektor awam adalah konsisten.
1GovEA memberikan definisi baru bagi sektor awam menghadapi cabaran meliputi aspek bisnes dan teknikal. Melalui amalan EA, sesebuah agensi dapat mewujudkan satu bentuk single view dari aspek busines semasa dan persekitaran teknikal dalam sesebuah organisasi.
 
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Latar Belakang 1GovEA